Tuesday, October 14, 2008

RUMAH TERBUKA

Ahad lepas, 12hb Oktober bersamaan dengan 12 Syawal saya telah menjemput beberapa rakan SME Bank datang ke rumah untuk beramah mesra di majlis rumah terbuka kecil-kecilan di kediaman saya. Peluang berjumpa ini digunakan untuk bertanya khabar malah merapatkan silaturrahim.

Mulanya Abg Mi ditemani anak dan isteri, Lan dan BJ sampai. Rasanya dah lebih setahun mereka tak datang ke rumah saya. Lan dan BJ makan dengan berselera sekali. Lega rasanya tengok makanan yang dihidangkan mendapat sambutan.

Tak lama kemudian Askar pulak datang. Tatkala kami sedang bersembang dan Haris pulak tiba. Ruang tamu rumah saya yang taklah sebesar mana mulai sesak dengan 11 tetamu. Meriah dan seronok rasanya melihat kawan-kawan lama sudi datang dan menjenguk saya. Anak-anak saya pulak leka bermain dengan anak Abg Mi, Siti Fauziah.

Menjelang pukul 3.00 kawan-kawan mula mengorak langkah untuk ke majlis rumah terbuka seterusnya.

Belum sempat mengemas, sepupu saya Megat bersama-sama isterinya dan anak(Muammar) sampai. Semakin comel Muammar ni, dah la tu mesra pulak dengan semua orang, terutama sekali dengan anak saya, Zikry. Alhamdulillah nampaknya Megat dan isteri amat terhibur dengan kehadiran Muammar ke dalam hidup mereka. Harapnya Muammar dan Zikry satu hari nanti dapat menjadi seakrab kita, ok...

Lewat petang Yus dan Ezwa pulak datang. Dah nampak semakin serasi dan sedondon bakal mempelai ni. Dah lama rasanya tak bersembang dengan Yus. Peluang itu juga saya ambil untuk bertanyakan persiapan kedua bakal pengantin ini. Insyallah saya doakan majlis mereka bulan depan berjalan lancar.

Akhir sekali, Art serta famili datang. Ni kira 'last kopek' la. Masa tu pun dah masuk Maghrib. Hmmm..Dapatlah kami bersembang, especially sikit-sikit pasal politik dan isu semasa.

Cuma Mezi saja yang tak datang..

Walaupun dibuat dengan ringkas dan taklah seberapa sangat tapi saya amat-amat berpuas hati dan berbesar hati menerima kunjungan kawan-kawan karib. Semoga ikatan persahabatan kita terus berkekalan melampaui batasan masa.

Sayang pulak rasanya tak ambil gambar masa tu.....

No comments: