Wednesday, October 15, 2008

HMMM..WHAT DID I MISS OUT?

Dah lama pulak rasanya tak menghantar sebarang Post ke Blog saya ni. Selepas pulang dari Kedah pada 4hb Oktober memang masa terluang agak terhad. Jadi saya nak 'flash back' semua yang saya tertinggal.

Pertamanya, keindahan Hari Raya tahun ni. Rasanya Raya tahun ada impak spiritual tersendiri kepada saya. Kepulangan beraya bersama Ibunda tercinta amat saya hargai. Let, Teh, Kakak, Abg Nuar dan Qayyum pun dah lama tak saya temui.




Raya tahun ni jugak lebih menarik sebab cahaya mata bongsu saya, Aaeesya dah petah berkata-kata. Comelnya dia...

Hari Raya adalah masa paling sesuai untuk saya berjumpa dengan semua saudara mara. Apa taknya kebanyakan mereka tinggal di Kedah. Kalaupun ada yang tinggal di KL, jarang sangat dapat peluang bersua.

Syukur Alhamdulliah perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik beraya selamat dan tidak terperangkap dalam sebarang kesesakan di lebuhraya.

Setelah pulang dari Kedah, pada 5hb Oktober saya dan keluarga beraya di rumah mentua di Port Klang.


Pada hari yang sama juga menyaksikan semangat juang tinggi menjulang nama Liverpool sebagai salah sebuah pasukan yang patut digeruni mana-mana pasukan Eropah musim ini.

Walaupun bermain hambar pada separuh masa pertama dan ketinggalan 2-0, semangat juang yang jitu telah berjaya memberikan keceriaan kepada peminat-peminat Liverpool. Bermula dengan 2 jaringan Fernando Torres dan disudahkan dengan gol Dirk Kuyt di penghujung permainan. Kemenangan paling dramatik bagi Liverpool tahun ini!! Tiada siapa dapat mengetepikan cabaran Liverpool walaupun ketinggalan. Satu ayat sebagai saksi.."Istanbul".

No comments: