Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat saya kembali mengemaskini blok ini setelah lebih 7 bulan tidak dikemaskini langsung. Ternyata masa berlalu begitu pantas.
Dalam masa 7 bulan ini, banyak perkara telah berlaku antaranya saya telahpun berpindah dari Pandan Indah ke Puncak Alam. Isteri dan anak-anak pun dah settledown kat sini. Saya amat bersyukur kerana di Puncak Alam ni saya dikelilingi oleh jiran-jiran yang menyenangkan dan banyak membantu.
Kami sekeluarga juga sedang menantikan kelahiran baby baru yang dijangkakan kelahirannya pada pertengahan Julai ini. Semoga rezeki kami akan bertambah dengan kehadiran baby ini.